Saturday 21 May 2016

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM KAUNSELING


PENGENALAN

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu mengukur ciri-ciri psikologi individu. Antaranya yang paling penting ialah untuk mengukur atribut psikologi seperti ciri-ciri personaliti, minat, nilai, kebolehan, pencapaian, kemahiran, sikap dan konsep kendiri.

Apa itu Ujian Psikologi?
-Ujian Psikologi adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia dengan menerangkannya dengan bantuan skala numerikal atau sistem kategori.

-Ujian Psikologi adalah alat pengukuran (pemerihal data menggunakan sistem nombor)

Kegunaan Ujian Psikologi

·  =Untuk tujuan deskriptif atau keperihalan iaitu ujian yang digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri klien.
· =Untuk tujuan membuat keputusan terutama dalam membuat pemilihan dan penempatan.
·    = Untuk tujuan proffiling staf atau pelajar.
·    =Ujian sebagai alat motivasi.
·     =Ujian untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi klien.

Mengapa menggunakan Ujian Psikologi?

·        Ujian menggunakan prosedur standard, jadi kurang dipengaruhi oleh faktor bias atau berat sebelah.
·        Terdapat kaedah untuk menentukan keberkesanan ujian psikologi.
·        Ujian psikologi dibuktikan lebih sah dan berguna berbanding kaedah lain.

Hala tuju penggunaan Ujian Psikologi di Malaysia.

·        Semakin popular dan semakin diterima untuk pelbagai tujuan khususnya pemilihan dan penempatan.
·        Perlu di takbir oleh profesional.
·        Penggunaannya dikawal selia oleh badan tertentu iaitu Lembaga Kaunselor.
·        Penggunaan Ujian Psikologi ini perlu memperoleh sijil layak menggunakan ujian.

CONTOH-CONTOH ALAT UJIAN:

v ALAT UKUR PERSONALITI

ü  Inventori Personaliti Sidek (IPS)
ü  Inventori Personaliti Warna (IPW)
ü  Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)
ü  Skala Konsep Kendiri Tennesse (TSCS)

v ALAT UKUR KERJAYA

ü  Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)
ü  Inventori Minat Kerjaya Holland
                     i.      Vocational Preference Inventory(VPI)
                    ii.      Self-Directed Search (SDS)
ü  Borang Minat Rothwell-Miller (BMRM)

Terdapat banyak ujian psikologi yang telah digunakan di Malaysia antaranya seperti yang tersenarai di atas. Di sini, saya dengan sukacitanya ingin berkongsi serba sedikit berkaitan dengan salah satu alat ujian yang menekankan tret/personaliti seseorang individu tersebut iaitu INVENTORI PERSONALITI WARNA.


(INVENTORI PERSONALITI WARNA – IPW)

Inventori ini mengandungi 100 item yang mempunyai format jawapan “YA” atau “TIDAK”. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori ini mempunyai 4 skala iaitu EMAS, HIJAU, BIRU dan JINGGA. Alat ukuran ini telah dibina oleh Sidek et.al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam Kaunseling Untuk Pelajar Bachelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putera Malaysia, Terengganu.
Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu EMAS, HIJAU, BIRU dan JINGGA.

BAGAIMANA PENGIRAAN SKOR DAN PEMBENTUKAN PROFIL PERSONALITI WARNA  (IPW)??
*     Pengiraan secara manual
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati. Untuk itu, sila rujuk cara pengiraan skor seperti yang terkandung Stensil Pemarkahan IPW. Bagi pengiraan skor untuk personaliti warna, peserta haruslah menjawab semua soalan-soalan dalam borang yang mengandungi 100 item. Peserta hanya perlu menjawab ’YA’ atau ’TIDAK’ pada ruang yang telah disediakan. Selepas itu pengiraan skor akan di buat berdasarkan borang jawapan yang telah disediakan. Pengiraan skor dibuat hanya dengan mengira jumlah skor ”YA” sahaja secara mengikut lajur pada borang jawapan. Profil personaliti yang mengandungi jumlah skor ”YA” yang paling tinggi merupakan personaliti warna yang dominan dengan diri.

CIRI-CIRI PERSONALITI MENGIKUT WARNA



 


CIRI-CIRI UMUM:

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, pratikal, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh perhatian.


CIRI-CIRI DIRI SAYA:

Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa.
Sangat bertanggungjawab.
Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia.
Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan.
Saya seorang peneliti dan bersifat wajar.
Saya menghormati masa.
Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna.
Selain setia, saya juga stabil, ada peraturan dan sistematik.
Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga.
Selalu mengambil tahu tentang sesuatu.
Memberi perhatian, bersifat konkrit.
Bersifat keibubapaan.
Secara semula jadi, saya suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam.
Saya adalah seorang yang suka menolong.

CIRI-CIRI SAYA DI TEMPAT KERJA:

Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja.
Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian.
Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi.
Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.
Kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan.

CIRI-CIRI SAYA SEMASA KANAK-KANAK:

Saya sentiasa mahu mengikut undang-undang dan peraturan sekolah.
Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa.
Saya rasa selesa dengan rutin pelajaran.

Saya rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah.







CIRI-CIRI UMUM:

Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik.

Kata kunci utama ialah Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi.

CIRI-CIRI DIRI SAYA:

Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan.
Saya cenderung untuk mereka cipta sesuatu yang baru.
Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna.
Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea.
Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal
Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur.
Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan.
Saya mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal.

CIRI-CIRI SAYA DI TEMPAT KERJA:

Saya seorang pemikir konsep yang bebas.
Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan.
Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang.
Suka mereka cipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.
Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama.

CIRI-CIRI SAYA SEMASA KANAK-KANAK:

Saya seperti lebih tua dari umur saya dari segi pemikiran.
Fokus saya ialah kepada perkara yang paling saya minati, iaitu mendapat pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya.
Saya tidak sabar dengan kaedah latih-tubi, atau rutin. Saya mungkin menyoal guru atau orang lain.
Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar daripada mereka.






      


 




CIRI-CIRI UMUM:

Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.

Kata kunci utama ialah Romantis serta Sukakan Keharmonian.

CIRI-CIRI DIRI SAYA:

Saya mahu merasa unik dan seorang yang tulen.
Saya seorang yang mudah bersimpati, berperibadi, dan selalu mencari makna dalam kehidupan.
Saya inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani.
Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain.
Bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan.
Mesra, taat, menyayangi dan baik hati.
Mudah terasa dan lemah lembut.
Saya suka berkarya dan memberi ilham.
Saya romantis, bersemangat, gembira dan imaginatif.
Saya seorang yang puitis.
Saya seorang yang suka membelai dan membantu orang lain.
Saya seorang individu romantis yang semula jadi.

CIRI-CIRI SAYA DI TEMPAT KERJA:

Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.
Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan, dan profesion menolong orang lain.
Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.

CIRI-CIRI SAYA SEMASA KANAK-KANAK:

Saya sangat imaginatif.
Agak sukar menyesuaikan diri dalam sistem dan struktur sekolah.
Saya mahukan pengiktirafan.
Tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri saya.
Saya sukakan galakan dan bukannya persaingan.
Saya tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.








 CIRI-CIRI UMUM:

Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut dan berkemahiran.

Kata kunci utama ialah Suka Mengembara atau Adventurous.

CIRI-CIRI DIRI SAYA:
Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan.
Menganggap hidup sebagai satu permainan.
Cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada.
Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan.
Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan.
Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar.
Kadang kala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan kesan yang mendalam.
Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentiment dan berfikiran terbuka.
Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi menyeronokkan.

CIRI-CIRI SAYA DI TEMPAT KERJA:

Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut rutin.
Berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal, dan alatan.
Saya seorang perfomer yang semula jadi.

CIRI-CIRI SAYA SEMASA KANAK-KANAK:

Saya rasa jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah.
Saya belajar dengan membuat atau mengalami dan bukannya dengan membaca atau mendengar.
Dalam proses pembelajaran, saya perlukan penglibatan fizikal.
Dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokan.




Di bawah berikut adalah Inventori Warna. SELAMAT MENJAWAB SEMUA... :")








SEKIAN, TERIMA KASIH.