Saturday 7 May 2016

CORETAN PENGALAMAN BERPROGRAM BERSAMA GENG-GENG BNK (SEM 4)

ISMP. BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEMESTER 4

Subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling (KKP 3123) di bawah tenaga pengajar Encik Aziz Yatim.

“Alhamdulillah, dapat juga saya menimba ilmu dengan beliau”.

Itu adalah satu-satu perkataan yang mampu saya ungkapkan apabila dapat belajar bersama beliau. Sebelum ini sudah terdengar di corong-corong telinga, senior-senior banyak mengatakan beliau seorang yang amat bagus dan banyak ilmunya. 

"Belajarlah daripadanya. Pasti kamu tidak akan menyesal.”

Ya. Betul. Saya amat mengakui kata-kata tersebut.  Bagi saya, beliau merupakan antara pensyarah yang paling saya kagumi. Beliau adalah Encik Aziz Yatim.

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR BERSAMA ADIK-ADIK DARI PULAU PANGKOR (16 Mac 2016)
Alhamdulillah, pertamanya saya amat bersyukur dapat menimba ilmu dan pengalaman daripada program ini. Program Kemahiran Belajar ini telah diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) yang bertempat di bilik seminar KAB, blok 9. Program ini disertai oleh adik-adik dari P.Pangkor, anak-anak staf UPSI dan juga kami, pelajar semesta 4, BnK. Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada kami serta para peserta yang lain berkaitan kemahiran belajar, 5 Domain yang di utarakan oleh Encik Aziz. Banyak yang telah saya pelajari dari program ini. Antaranya adalah terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan ingatan dan juga pemahaman pelajar dengan kaedah yang lebih menarik dan berkesan serta juga memahami permasalahan yang sering diutarakan oleh para pelajar semasa sesi pembelajaran dijalankan. Walaupun saya dan rakan-rakan saya hanya dapat menghadiri program ini buat sementara sahaja kerana kekangan daripada kelas lain yang kami perlu hadiri akan tetapi input yang telah diberikan amat membuka mata saya dan juga rakan-rakan untuk mencuba membuat kelainan dalam setiap program yang dijalankan seperti Program Kemahiran Belajar ini.
Kami sedang menunggu adik-adik dari Pulau Pangkor.


Persiapan semasa menunggu adik-adik dari P.Pangkor.

TEMU BUAL BERSAMA REMAJA ANAK YATIM. (25 Mac 2016)

Tugasan ini adalah di bawah subjek Kaunseling Pelbagai Budaya(KKS 3033) yang diajar oleh DR. Ain. Terdapat banyak tajuk yang telah disenaraikan untuk ditemu duga antaranya termasuklah LGBT, gelandangan, Autisme, OKU, anak yatim dan juga golongan berpenyakit kronik. Kami telah dibahagikan mengikut kumpulan. Saya dan dua orang sahabat saya telah diberi tugasan untuk mencari serta menemu bual seorang anak yatim yang telah ditempatkan di rumah Anak-anak Yatim. Tugasan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar berkaitan bias, memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan dunia luar yang lebih mencabar, persoalan dan juga perkara sensitif bagi golongan sebegini.
Tugasan tersebut amat mencabar bagi kami. Pertama kalinya, kami telah menetapkan kawasan untuk mencari rumah anak yatim ini iaitu di sekitar Tanjung Malim. Perkara tersebut dipersetujui oleh kami dan mencari lokasi berkaitan dengan kewujudan rumah-rumah anak yatim di sekitar tersebut. Kami telah memilih rumah anak yatim Baitul Marhabah yang bertempat di Kampung Ketoyong, Tanjung Malim, Perak. Setelah melakukan perbincangan bersama pihak pengurusan anak yatim di sana, Alhamdulillah permohonan kami untuk menemu bual seorang anak yatim di sana telah diluluskan dan disambut baik oleh mereka. Pada hari Khamis bertarikh 25 Mac 2016 kami telah melakukan temu bual seperti yang dijanjikan.


Rumah Anak Yatim Baitumarhabah, Ketoyong, Tanjung Malim, Perak.


Semasa sesi temuduga dijalankan.



PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR DI SMK. TAMAN DESA 2, RAWANG, SELANGOR.
(21 April 2016)
Ini merupakan program kemahiran belajar pertama saya sem ini. Ini juga merupakan salah satu tugasan dalam Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (KKP 3123) yang diajar oleh Encik Aziz Yatim. Dalam program ini saya dan ahli kumpulan seramai 5 orang telah ditugaskan untuk membuat satu program di sekolah dan sekolah yang kami peroleh adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2, Rawang, Selangor. Sebelum program kami dijalankan, kami telah berurusan dengan pihak sekolah dan juga kaunselor di sekolah tersebut kursusnya untuk pemberitahuan serta juga urusan perbincangan untuk mengadakan program di sekolah tersebut seperti yang dirancangkan. Pertemuan pertama kami dengan pihak sekolah sebelum mengadakan program ini adalah pada 8 April 2016(Jumaat). Semasa pertemuan pertama kami, kami telah berbincang dengan kaunselor, Puan Noraini binti Hj. Zakaria berkaitan program yang ingin dijalankan. Beliau menyambut baik kedatangan kami dan juga perbincangan yang diadakan juga berjalan dengan lancar. Semasa perbincangan, kami telah dimaklumkan anggaran  dan jenis pelajar yang kami akan kelola, tempat serta tarikh yang akan kami jalankan program tersebut. Untuk pengetahuan semua, pihak kami telah mendapat pelajar seramai 37 orang dari kelas aliran Arab dan tempat yang kami peroleh untuk membuat program adalah di dalam kelas serta tarikh yang ditetapkan untuk membuat program tersebut adalah pada 21 April 2016(Khamis). Setelah mendapat maklumat-maklumat berkaitan sekolah dan juga pelajar tersebut, kami merancang program kami dengan lebih teratur dan lebih bersesuaian dengan peringkat umur pelajar yang telah diberikan kepada kami. Pada 21 April 2016(Khamis) kami telah menjalankan program tersebut. Antara perancangan pengisian yang telah kami lakukan semasa program tersebut adalah :

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR
MASA
AKTIVITI
8.15-8.30
Ice-Breaking
8.00-9.30
Bengkel Kemahiran Belajar–Kemahiran Mengingat
9.30-10.30
Aktiviti dalam kumpulan
10.30-11.00
Rehat
11.00-12.00
Bengkel Kemahiran Belajar- Mencatat Nota
12.00-1.15
Aktiviti dalam kumpulan
1.15-1.50
Rehat dan Solat Zuhur
1.50-2.30
Slot Motivasi
2.30-2.50
Majlis penutup
 Jadual pelaksanaan program Kemahiran Belajar.

Alhadulillah, program yang kami jalankan tersebut berjalan dengan lancar. Para pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut memberikan kerjasama yang amat baik kepada kami. Walaupun program yang kami jalankan hanyalah separuh hari akan tetapi pengalaman yang kami dapat amatlah bermakna. Kami dapat mempelajari banyak perkara baru hasil perkongsian kami dalam berprogram di sekolah tersebut. Saya juga amat mengagumi para pelajar yang telah berprogram bersama kami tersebut kerana mereka adalah dia di antara kalangan para pelajar yang pintar, dapat berhujah serta memberi pendapat yang baik serta bernas kepada kawan-kawan mereka semasa aktiviti kami jalankan tersebut.
Sekian coretan untuk program di SMK Taman Desa 2, Rawang Selangor.



Antara Energyzer yang telah kami lakukan bersama.


Antara aktiviti yang telah kami rancangkan.



Para pelajar Program Kemahiran Belajar SMK. Taman Desa 2.

1 comment:

  1. Top 20 casinos in the UK: gambling sites, bonuses, & payment
    Best UK gambling sites new air jordan 18 retro red suede · Betfred · Betfred · replica air jordan 18 retro racer blue Betfair · Betfair · find air jordan 18 retro 22Bet · new air jordan 18 retro racer blue Betfair · 윈윈 λ¨ΉνŠ€ BetVictor · MansionBet.

    ReplyDelete